Agong nasihat umat Islam waspada ajaran sesat

LocalPolitics
27 Nov 2025 • 10:43 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bertitah menasihatkan umat Islam di seluruh negara supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat atau fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Seri Paduka Baginda menyatakan kebimbangan terhadap penularan ajaran dan fahaman yang menyimpang, yang kini semakin mudah tersebar, terutama melalui media sosial.

Menerusi hantaran di aplikasi Facebook, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Ali.

Dalam sesi mengadap tersebut, Datuk Yahya mempersembahkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh JAINJ dalam membanteras ajaran sesat di negeri ini. JAINJ mengambil pelbagai langkah proaktif bagi membendung penularan ajaran sesat, termasuk memantau cubaan menyebarkan ajaran tersebut, terutamanya daripada pihak luar Johor.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan nasihat supaya umat Islam sentiasa meningkatkan ilmu agama, memperkukuh kefahaman, serta mengamalkan nilai-nilai Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved