Agong Perkenan Tamat Darurat Di Serian, Jerebu Di Sarawak Masih Belum Pulih

LocalEnvironment
7 Sep 2026 • 1:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Agong Perkenan Tamat Darurat Di Serian, Jerebu Di Sarawak Masih Belum Pulih

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan darurat untuk seluruh bahagian Serian, Sarawak ditamatkan berkuat kuasa hari ini, selaras dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi kenyataan berkata, perkenan tersebut dibuat setelah mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pandangan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.

Jelas kenyataan itu, ia turut mengambil kira laporan agensi berkaitan yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bahagian Serian tidak lagi berada di paras bahaya.

“Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya dan bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih berada pada tahap amat tidak sihat,” katanya.

PMO berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau keadaan dengan rapi.

“Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya. 

Setakat jam 7 pagi tadi, Samarahan, Sarawak tampil sebagai satu-satunya kawasan yang merekodkan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu 222. - Getaran, 7 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved