Jerebu: 40 Kawasan Tidak Sihat, Samarahan Catat IPU Paling Buruk

LocalEnvironment
7 Sep 2026 • 2:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Jerebu: 40 Kawasan Tidak Sihat, Samarahan Catat IPU Paling Buruk

KUALA LUMPUR - Samarahan, Sarawak menjadi satu-satunya kawasan di negara ini yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 222 setakat jam 7 pagi tadi.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), sebanyak 40 kawasan lain di seluruh negara pula merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu antara 101 hingga 200.

Di Sarawak, 11 kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Sarikei (193), Kuching (192), IPD Serian (192), Sri Aman (184), Sibu (182), Mukah (182), Samalaju (180), Bintulu (172), ILP Miri (170), Miri (166) dan Limbang (150).

Di Lembah Klang, sembilan kawasan turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Johan Setia (184), Shah Alam (166), Kuala Selangor (158), Petaling Jaya dan Banting (157), Klang (156), Batu Muda (163), Cheras (161) serta Putrajaya (163).

Di Negeri Sembilan, Nilai merekodkan bacaan 166, diikuti Seremban (163) dan Port Dickson (123).

Sementara itu, tiga kawasan di Melaka turut mencatat bacaan tidak sihat iaitu Bukit Rambai dan Alor Gajah masing-masing 154, manakala Melaka City mencatat 107.

Di Perak, Tanjung Malim merekodkan bacaan 160, Seri Manjung (158), Tasek, Ipoh (155) dan Pegoh, Ipoh (145).

Di Pahang pula, Temerloh dan Jerantut masing-masing merekodkan bacaan IPU 153 dan 152.

Johor turut merekodkan empat kawasan dengan bacaan tidak sihat iaitu Segamat dan Batu Pahat masing-masing 157, Tangkak (153) serta Kluang (151).

Di Sabah, Kota Kinabalu dan Kimanis masing-masing merekodkan bacaan 153.

Dalam pada itu, sebanyak 24 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan mencatat bacaan pada tahap baik.

Untuk rekod, IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya. - Getaran, 7 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved