Agong & Permaisuri Buat ‘Surprise’ Makan Di KFC, ‘Humble’ Siap Beratur Macam Rakyat Biasa

Entertainment
29 Dec 2022 • 5:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini telah berkenan berangkat secara mengejut mengunjungi restoran KFC Petronas Taman Tun Dr Ismail.

Lebih menarik perhatian lagi baginda yang turut berangkat dengan paduka-paduka anakanda dan cucunda Seri Paduka Baginda beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari dan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain.

 

Buat surprise makan dekat KFC

Menerusi Facebook Istana Negara, baginda juga meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran. Baginda berdua turut berkenan mengambil gambar bersama pengunjung.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

 

Belanja pengunjung makan?

Dalam ruangan komen di Instagram, ada individu mendakwa pengunjung yang ada bersama baginda mengatakan bahawa baginda ada belanja pelanggan lain makan sekali.

image is not available

Malah, bukan sahaja pelanggan, netizen yang menyaksikan kehadiran baginda juga turut teruja melihat sikap baginda yang rendah diri kepada rakyat jelata.

 

image is not availableimage is not availableimage is not available

Alaaaa, jealousnya, kalau tahu tadi lunch kat KFC sana, hehehehehe!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.