Agong, permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu Tamil, Vaisakhi

14 Apr 2023 • 11:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seri Paduka berdua menzahirkan semoga perayaan itu membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh di Malaysia. - Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai Puthandu dan Vaisakhi kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh di negara ini.

Turut menzahirkan ucapan itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan semoga perayaan itu membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh di Malaysia.

Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil.

Sementara Vaisakhi menandakan permulaan musim menuai menurut kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi. - Bernama