PM ucap selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai, Vaisakhi

Politics
14 Apr 2023 • 1:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai dan Vaisakhi kepada seluruh masyarakat Tamil dan Sikh di negara ini.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berharap semoga tahun baharu ini membawa kegembiraan kepada semua dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin sentiasa utuh dalam kebahagiaan.

“Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperteguh dan memperkukuh kerukunan dan sikap hormat menghormati di negara ini. #MalaysiaMADANI,“ menurut catatan itu.

Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil.

Sementara Vaisakhi menandakan permulaan musim menuai menurut kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi. -Bernama