Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada Pearly Tan-Thinaah

9 Aug 2022 • 9:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara pada Selasa.

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu badminton wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang merangkul pingat emas ketujuh negara pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham, semalam. Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara pada Selasa. Kejayaan menghadiahkan pingat emas pada hari terakhir temasya diraih selepas pasangan itu mengalahkan beregu dari England, Chloe Birch-Lauren, Smith 21-5, 21-,8 pada aksi final di Pusat Pameran Nasional (NEC). Malaysia melengkapkan kempen temasya sukan Komanwel Birmingham dengan mengumpul tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa. - Bernama