Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Ramayah

6 Mar 2023 • 7:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
M Ramayah

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda golf negara M Ramayah yang meninggal dunia pada Isnin.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Menurut Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

"Seri Paduka Baginda berdua menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat sukan golf tanah air.

"Mendiang semasa zaman kegemilangannya pernah beraksi dalam 13 saingan kejohanan Piala Dunia,” menurut Istana Negara.

"Mendiang yang mula bergelar pemain golf profesional pada usia 18 tahun turut menyumbang kepada pembangunan sukan golf negara termasuk kerjayanya sebagai jurulatih,” menurut Istana Negara.

Ramayah meninggal dunia pada usia 67 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) di Cheras, pagi Isnin.

Kematian legenda golf negara itu disahkan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved