Agong, Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tunku Zahrah

1 Mar 2023 • 7:33 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tunku Zahrah Tunku Osman yang kembali ke Rahmatullah, semalam.

Tunku Zahrah, 62, ialah sepupu kepada Raja Permaisuri Agong.

Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Tunku Zahrah telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor, dengan perjawatan terakhir sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, sebelum bersara pada 2020. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved