“Saya Kena Tipu Dah…” – Agong Tepuk Dahi Tertipu Lelaki Botak

21 Feb 2023 • 1:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Lucu sungguhlah tengok gelagat mesra Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ni yang mesra dan boleh bergurau senda dengan rakyat jelata.

image is not available

Terbaru, Agong dilihat beramah mesra bersama penduduk yang hadir di satu majlis yang dihadirinya dan sebelum pulang, Agong memberikan sampul duit kepada anak yatim dan orang ramai yang disapanya.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila Agong turut memberikan seorang lelaki sampul duit dan turut menyuruh lelaki itu untuk memotong dan menukar semula warna rambut.

Ini untuk awak, warna rambut balik. – Titah Seri Paduka Baginda.

Agong tanya itu rambut betul ke? Lepas tahu terus tepuk dahi…

Keadaan bertambah riuh selepas Agong terasa ditipu dengan lelaki berkenaan kerana rambut itu sebenarnya hanyalah topi yang dipakainya.

Topi! Saya kena tipu dah. Saya bagi duit untuk potong rambut. Allahuakbar. Cuba cabut topi itu. – Titah Agong sambil meletakkan tangan di dahinya menunjukkan rasa tertipu.

Agong tidak dapat menahan rasa geli hati selepas melihat lelaki itu sebenarnya botak.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved