
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tengku Datuk Seri Muhamad Mazlan Tengku Putera Zainal Abidin yang meninggal dunia hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah.
Allahyarham merupakan sepupu kepada Al-Sultan Abdullah.
“Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini,” menurut catatan itu.
Seri Paduka turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.-Bernama


