Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu

14 May 2023 • 12:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di Malaysia.

Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan Seri Paduka berdua dizahirkan menerusi poster Selamat Hari Ibu yang dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini.

“Selamat Hari Ibu. Ibu, suri hatiku,” demikian menurut catatan di poster berkenaan.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun. - Bernama