Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah atas pemergian ibu MB Perak

12 Jan 2023 • 7:43 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad atas pemergian ibunya, Aminah Mohd Yusuf semalam.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara malam ini, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Aminah meninggal dunia di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Dihilir, Ipoh, jam 11.15 malam semalam pada usia 79 tahun akibat sakit tua.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Raban, Lenggong kira-kira 11.30 pagi, semalam. -Bernama