Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah – Hajiji

29 Jan 2024 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata rakyat Sabah akan mengingati keperibadian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang terkenal dengan sifat merendah diri ketika menyantuni rakyat seperti yang terserlah semasa lawatan bersejarah keluarga diraja itu sempena Kembara Kenali Borneo pada September lepas yang telah menjadikan pasangan diraja itu bertakhta di hati rakyat Sabah.

“Seri Paduka Baginda sentiasa prihatin ketika menyantuni rakyat yang dalam kesusahan,” kata Hajiji dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini selepas menghadiri Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Sabtu malam.

Hajiji berkata bagi pihak kerajaan Sabah, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas khidmat bakti baginda kepada negara dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasangan diraja serta keluarga baginda.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Al-Sultan Abdullah akan menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa (30 Jan).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.