Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah berangkat ke Kuala Lumpur

29 Jan 2024 • 6:32 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berangkat secara rasmi ke Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Mengiringi Permaisuri Johor ialah paduka anakanda, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

image is not available
Bacaan doa mengiringi Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang berangkat secara rasmi ke Kuala Lumpur di Hangar Diraja Johor Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, 29 Januari, 2024

Turut hadir Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M Kumar serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Johor.

Sultan Ibrahim akan berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Rabu ini.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan esok. - 29 Januari, 2024