Agong, Raja Permaisuri Saksikan ‘GT World Challenge Asia’

21 Apr 2024 • 9:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong (tengah) - gambar RPO

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke perlumbaan kedua GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Keberangkatan baginda berdua adalah bagi menyaksikan anakanda, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim yang beraksi bagi pasukan JMR Triple Eight.

Bersama rakan sepasukan Jordan Love, Tunku Abu Bakar berjaya merangkul tempat ketiga dalam kategori Pro-Am dan keempat dalam keseluruhan perlumbaan hari ini yang disertai 33 jentera pelbagai jenama.

image is not available
Yang di-Pertuan Agong (empat, kiri) berbual bersama paduka anakanda, Tunku Abdul Rahman Al-Haj (dua,kanan) dan Tunku Abu Bakar Al-Haj (kanan) - gambar RPO

Turut berangkat ke perlumbaan itu ialah Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah serta Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim. 

Hadir sama ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia, Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS, Md Azhan Shafriman Md Hanif.

Pusingan GT World Challenge Asia seterusnya akan menyaksikan dua perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand pada 10 hingga 12 Mei. - Getaran, 21 April 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved