Agong, Raja Permaisuri saksikan perlumbaan GT World Challenge Asia

21 Apr 2024 • 7:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seri Paduka Baginda menyaksikan penyertaan paduka anakanda Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.

image is not available
Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim mewakili pasukan JMR Triple Eight.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke perlumbaan kedua GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua adalah bagi menyaksikan penyertaan paduka anakanda Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.

Perkara itu dikongsikan dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berserta beberapa keping gambar, petang ini.

**media[2622423]**

Bersama rakan sepasukan Jordan Love, Tunku Abu Bakar berjaya merangkul tempat ketiga dalam kategori Pro-Am dan keempat dalam keseluruhan perlumbaan hari ini yang disertai 33 jentera pelbagai jenama.

Turut berangkat Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman serta Tunku Tun Aminah dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang Md Azhan Shafriman Md Hanif.

Pusingan GT World Challenge Asia yang seterusnya akan menyaksikan dua perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand pada 10 hingga 12 Mei ini. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved