Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj

26 Jan 2025 • 10:42 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan salam Israk dan Mikraj. Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan salam Israk dan Mikraj.

Titah ucapan Seri Paduka Baginda berdua itu dizahirkan menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang akan disambut esok adalah satu mukjizat agung yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam. - Bernama