Sultan Ibrahim santap pagi nasi lemak bersama Anwar

26 Jan 2025 • 12:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa untuk santap pagi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran di Masjid India di sini.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bersama perdana menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam gambar bersama Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak serta bertanyakan khabar.

– BERNAMA

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai ketika santap pagi di Nasi Lemak Burung Hantu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid India, Kuala Lumpur pada 26 Januari 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan merakam gambar bersama orang ramai ketika santap pagi di Nasi Lemak Burung Hantu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid India, Kuala Lumpur pada 26 Januari 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved