Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah pemergian Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor

LocalPolitics
16 Nov 2024 • 6:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor dan bekas Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Abdul Latiff Yusof.

Pemergian Allahyarham dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim.

"Al-Fatihah Allahyarham Datuk Haji Abdul Latiff Yusof, Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor dan mantan Setiausaha Kerajaan Johor.

"Sesungguhnya kami ialah milik ALLAH SWT dan kepada-Nya kami kembali,” menurut hantaran itu.

Menerusi portal rasmi kerajaan negeri, Abdul Latiff berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Johor dari 20 Oktober 2006 hingga 13 Mac 2011. - Bernama