Agong, Raja-Raja Melayu dijangka adakan Mesyuarat Khas esok

LocalPolitics
23 Nov 2022 • 1:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka bermesyuarat bersama Raja-Raja Melayu dalam satu perjumpaan khas di Istana Negara, pada Khamis.

Menurut laporan The Star, difahamkan, Seri Paduka akan meminta pandangan Raja-Raja mengenai kebuntuan pembentukan kerajaan persekutuan.

Mesyuarat akan bermula jam 10.30 pagi dan ia dijangka berlangsung sekurang-kurangnya selama tiga jam.

Sumber Istana memaklumkan, mesyuarat khas itu adalah penting untuk memutuskan perkara tersebut.

Yang di-Pertuan Agong cuba menubuhkan kerajaan perpaduan terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tetapi gagal setakat ini.

Raja-Raja Melayu dijangka diberi taklimat mengenai prosedur undang-undang dengan mengambil kira situasi Parlimen tergantung ketika ini.

Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu juga dijadual diadakan pada Isnin ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved