Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat-ayat al-Quran

2 Apr 2024 • 4:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengajak seluruh umat Islam di negara ini untuk menghayati pengajaran bermakna daripada ayat-ayat al-Quran, sempena 10 hari terakhir bulan Ramadan ini.

Seri Paduka Baginda bertitah, ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.

"Kegagalan ini akan menyebabkan konflik yang akhirnya membawa krisis kemanusiaan,” titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran di laman media sosial rasmi Seri Paduka Baginda pada Selasa.

Sultan Ibrahim bertitah supaya umat Islam menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam hidup masyarakat berbilang bangsa serta agama untuk saling hormat-menghormati serta jangan bersangka buruk terhadap orang lain.

"Semoga negara kita sentiasa terpelihara dan terlindung daripada anasir-anasir melampau yang menggugat kesejahteraan sejagat," titah Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved