Agong terima menghadap Anwar di Bahrain

LocalPolitics
19 Feb 2025 • 5:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini. FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Menerusi catatan dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Perdana Menteri mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara, selain bertanyakan khabar kesihatan Seri Paduka Baginda pada pertemuan itu.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Anwar tiba di Bahrain bagi lawatan rasmi atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.

Semalam, Istana Negara memaklumkan Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia pada 21 Februari ini.

**media[3014691]**

Kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif dan gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda, terutama bermain polo.

Pada 7 Februari lepas, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved