Agong Terima Watikah Enam Ketua Perwakilan Asing

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 2:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Agong Terima Watikah Enam Ketua Perwakilan Asing

Agong Terima Watikah Enam Ketua Perwakilan Asing

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima watikah pelantikan daripada enam ketua perwakilan asing ke Malaysia dalam Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan yang berlangsung di Istana Negara.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada lima ketua perwakilan Malaysia yang akan memulakan tugasan di luar negara.

Enam ketua perwakilan asing yang menyerahkan watikah pelantikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Mauritius, Rabin Gungoo; Duta Besar Republik Turkiye, Nevzat Uyanik; Pesuruhjaya Tinggi Brunei, Dato’ Paduka Abdur Rahmani Dato’ Paduka Haji Basir; Pesuruhjaya Tinggi Republik Persekutuan Nigeria, Ahmed Olatunji Sulu Gambari; Duta Besar Republik Congo, Raymond Serge Bale dan Duta Besar Republik Albania, Ermal Muca.

Dalam istiadat sama, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada lima ketua perwakilan Malaysia ke luar negara.

Baca juga:

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Dato’ Muzafar Shah Mustafa; Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Jamal Sharifuddin Johan; Duta Besar Malaysia ke Mexico, Muhammad Radzi Jamaluddin; Duta Besar Malaysia ke Itali, Dato’ Shahabudeen Adam Shah dan Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Edi Irwan Mahmud.

Turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, serta Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Amran Mohamed Zin.

Istiadat penyerahan watikah pelantikan kepada ketua perwakilan asing merupakan amalan diplomatik yang menandakan pengiktirafan rasmi bagi membolehkan mereka menjalankan tugas sebagai wakil negara masing-masing di Malaysia.

Sementara itu, pengurniaan watikah kepada ketua perwakilan Malaysia melengkapkan pelantikan rasmi sebelum mereka memulakan tugasan di negara penempatan masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved