Pelancong Kongsi Pengalaman Gunting Rambut Di Barbershop Malaysia

TravelLifestyle
14 Jul 2026 • 12:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pelancong Kongsi Pengalaman Gunting Rambut Di Barbershop Malaysia

Pelancong Kongsi Pengalaman Gunting Rambut Di Barbershop Malaysia

Apabila melancong ke negara asing, setiap pengalaman yang dilalui mampu menjadi kenangan tersendiri, sama ada melalui tempat yang dikunjungi, budaya mahupun layanan yang diterima.

Dalam era media sosial, pengalaman unik yang melebihi jangkaan sering dikongsikan kepada umum sehingga menarik perhatian ramai dan memperkenalkan keistimewaan sesebuah negara.

Kadangkala, perkara yang kelihatan biasa mampu berubah menjadi satu pengalaman luar biasa apabila seseorang menerima layanan atau perkhidmatan yang meninggalkan kesan mendalam.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini perkongsian seorang lelaki mencuri tumpuan apabila dia secara berseloroh mendakwa 'tidak dihormati' ketika berada di Malaysia selepas menerima satu pengalaman yang tidak disangka-sangka.

Gunting rambut di Malaysia

Menerusi video di Tiktok, Ishaq Patterson meluahkan rasa puas hati selepas mendapatkan potongan rambut di sebuah kedai gunting rambut di Malaysia, malah menyifatkannya sebagai antara pengalaman terbaik yang pernah dilaluinya.

Dalam video yang dikongsikan, dia berseloroh mengatakan tukang gunting rambut itu sebenarnya 'tidak menghormatinya' kerana telah menjadikannya 'ancaman terbesar' dengan potongan rambut yang terlalu kemas.

Image from: Pelancong Kongsi Pengalaman Gunting Rambut Di Barbershop Malaysia
Kredit: Tiktok @ishaqpatterson

"Saya tak boleh menipu, tukang gunting rambut itu memang luar biasa.

"Dia buat saya nampak terlalu bergaya. Macam mana dia boleh 'naikkan' penampilan saya sampai tahap macam ni?

"Lepas ni, bila saya berjalan di Malaysia, memang habislah. Semua orang akan pandang," katanya sambil bergurau.

Baca juga:

Menurutnya lagi, dia cukup kagum dengan kemahiran tukang gunting rambut di Malaysia yang disifatkannya mampu mengubah penampilan dan meningkatkan keyakinan seseorang hanya dengan satu sesi gunting rambut.

Image from: Pelancong Kongsi Pengalaman Gunting Rambut Di Barbershop Malaysia
Kredit: Tiktok @ishaqpatterson

"Barber di Malaysia memang ada kuasa untuk mengubah hidup seseorang.

"Saya langsung tak perlu cakap banyak. Dia sendiri tahu apa yang perlu diperbetulkan dan hanya fokus untuk mengemaskan setiap bahagian," ujarnya.

Malah, dia turut memuji layanan profesional serta suasana kedai yang bersih dan selesa sepanjang sesi tersebut.

"Semuanya sangat profesional, kemas dan bersih. Ini mungkin potongan rambut paling kemas dan paling cantik yang pernah saya dapat sepanjang hidup," katanya.

Image from: Pelancong Kongsi Pengalaman Gunting Rambut Di Barbershop Malaysia
Kredit: Tiktok @ishaqpatterson

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi lelaki berkenaan, malah ada yang memuji kemahiran barber Malaysia yang berjaya memberikan pengalaman istimewa kepadanya.

Menariknya, tukang gunting rambut yang mengendalikan sesi tersebut turut meninggalkan komen sambil menghargai kunjungan lelaki berkenaan.

"Terima kasih banyak kerana datang, bro," tulis barber tersebut.

Sementara itu, seorang netizen turut memuji perubahan yang dilihat selepas potongan rambut itu dengan menyifatkan keyakinan lelaki berkenaan kini berada di tahap tertinggi.

"Keyakinan awak memang berada di tahap yang sangat tinggi," komen pengguna tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved