Agong tidak hadir Istiadat Hari Pahlawan, jalani rawatan susulan kesakitan musculoskeletal

LocalHealth & Fitness
31 Jul 2026 • 10:51 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan menjalani rawatan susulan selepas mengalami kesakitan musculoskeletal yang membabitkan bahagian otot dan tulang, khususnya di kawasan belakang serta pinggul.

Image from: Agong tidak hadir Istiadat Hari Pahlawan, jalani rawatan susulan kesakitan musculoskeletal

Menerusi kenyataan di Facebook, Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda menerima nasihat daripada pakar perubatan untuk mendapatkan rehat secukupnya terlebih dahulu sebelum meneruskan rawatan susulan berkenaan.

Langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada proses pemulihan baginda berjalan dengan lebih baik sebelum rawatan seterusnya dilaksanakan.

Image from: Agong tidak hadir Istiadat Hari Pahlawan, jalani rawatan susulan kesakitan musculoskeletal

“Justeru, Seri Paduka Baginda tidak berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, yang berlangsung hari ini (31 Julai),” menurut kenyataan itu.

Ketidakhadiran Seri Paduka Baginda pada istiadat berkenaan menyaksikan acara sambutan Hari Pahlawan Negara 2026 yang berlangsung pagi tadi diteruskan dengan kehadiran barisan kepimpinan tertinggi negara.

Istiadat tersebut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Artikel lain:  “Jangan sesekali makan rasuah, malas bekerja…”- Agong ingatkan warga ATM, utamakan negara

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved