Sultan Ibrahim jalani rawatan susulan kesakitan musculoskeletal

LocalHealth & Fitness
31 Jul 2026 • 10:49 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sultan Ibrahim jalani rawatan susulan kesakitan musculoskeletal

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan menjalani rawatan susulan bagi merawat masalah musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.

Menerusi satu kenyataan, Istana Negara memaklumkan Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya meneruskan proses pemulihan melalui rawatan susulan bagi memastikan keadaan kesihatan Baginda terus bertambah baik.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berangkat menyaksikan Perbarisan Sempena Hari Pahlawan 2026 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya hari ini.

Istana Negara bagaimanapun tidak memperincikan tempoh rawatan yang akan dijalani Baginda.

Rakyat turut dimohon mendoakan agar Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan serta terus berada dalam keadaan sihat untuk meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara. – KOSMO! ONLINE

The post Sultan Ibrahim jalani rawatan susulan kesakitan musculoskeletal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved