Agong ucap tahniah kepada Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023

15 Jun 2022 • 12:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan dan barisan kejurulatihan atas kejayaan mara secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Menerusi kenyataan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan rasa syukur dan sukacita atas kejayaan serta semangat juang yang telah dipamerkan di pusingan kelayakan yang berakhir semalam.

Al Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokong atas sokongan padu yang telah diberikan kepada skuad Harimau Malaya dalam perjuangan mengakhiri penantian selama 42 tahun.

"Seri Paduka menzahirkan harapan semoga pencapaian ini menjadi suntikan semangat buat skuad kebangsaan untuk lebih bekerja keras mencapai hasil yang terbaik di kejohanan Piala Asia 2023 kelak.

"Seri Paduka mendoakan semoga skuad kebangsaan memperoleh kejayaan dan melakarkan sejarah baharu di kejohanan tersebut. Tahniah dan teruskan perjuangan di kejohanan Piala Asia 2023!” menurut kenyataan itu.

Keempat-empat gol pasukan negara malam tadi masing-masing dijaringkan Muhammad Safawi Rasid, Dion Cools, Muhammad Syafiq Ahmad dan pemain gantian Darren Lok.

Gol tunggal pasukan Bangladesh dijaringkan Mohammad Ibrahim.

Kali terakhir Malaysia membuat penampilan di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun sudah 42 tahun pasukan negara gagal layak secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved