Disember tahun lalu kami laporkan Bank Negara Malaysia melakukan siasatan bersama pihak berkuasa ke atas sistem Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) berikutan insiden kehilangan RM165.75 juta. Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan jumlah kerugian sebenar ialah RM203.8 juta disebabkan penipuan atas talian.

Penipuan adalah bentuk keldai akaun dengan 47 individu telah ditahan berkaitan dengan kes ini, dengan tiga individu telah didakwa di bawah Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan berkaitan akaun keldai. Jika didapati bersalah, mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga RM150,000 atau kedua-duanya sekali. Siasatan ke atas 44 lagi suspek masih sedang dijalankan dengan sedang menyiapkan kertas siasatan dengan bantuan CyberSecurity Malaysia dan Bank Negara Malaysia.
Sindiket keldai akaun akan “meminjam” akaun milik individu untuk menyimpan data yang diterima menerusi teknik penipuan atas talian. Pemilik akaun biasanya dijanjikan bayaran yang tinggi kerana meminjamkan akaun mereka tanpa menyedari ia salah di sisi undang-undang.
