Agrobank salur RM150,000 beli mesin padi bantu pesawah Kedah

LocalBusiness & Finance
17 Nov 2026 • 9:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Agrobank salur RM150,000 beli mesin padi bantu pesawah Kedah
Kakitangan Agrobank dan LZNK bergambar bersama sempena MoU antara kedua-dua pihak di Alor Setar pada Isnin.
Image from: Agrobank salur RM150,000 beli mesin padi bantu pesawah Kedah
Tengku Ahmad Badli Shah dan Zakaria bergambar bersama mesin padi yang disumbangkan menerusi kerjasama antara Agrobank dengan LZNK.

ALOR SETAR - Agrobank menyalurkan sumbangan berjumlah RM150,000 bagi pembelian mesin padi sebagai usaha membantu meningkatkan kecekapan operasi pertanian serta menyokong kelangsungan aktiviti pesawah di Kedah.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara Agrobank dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada Isnin.

**media[3713897]**

Kerjasama berkenaan bertujuan meneroka peluang memperluas akses kepada pembiayaan pertanian serta pembangunan sosioekonomi, khususnya dalam kalangan pesawah dan komuniti asnaf di negeri ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, akses kepada pembiayaan perlu disokong dengan usaha meningkatkan keupayaan pesawah untuk mengusahakan kegiatan pertanian secara lebih produktif dan berdaya tahan.

Menurutnya, kerjasama itu membuka ruang untuk menghubungkan keperluan kewangan pesawah dengan peluang pembangunan ekonomi yang lebih luas.

"Tumpuan kami adalah untuk membantu peserta yang layak mengembangkan potensi, menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran serta meneroka penggunaan teknologi yang bersesuaian," katanya di sini.

Pada majlis MoU tersebut, Tengku Ahmad Badli Shah turut menyerahkan replika cek sumbangan bagi pembelian mesin padi kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman.

Selain itu, antara inisiatif yang akan diteroka menerusi kerjasama itu termasuk Agro Padi-i Salam, iaitu produk pembiayaan patuh Syariah yang pertama seumpamanya di pasaran Malaysia.

Kerjasama berkenaan turut merangkumi inisiatif pemerkasaan asnaf serta penyediaan kemudahan deposit dan pembiayaan lain berdasarkan keperluan peserta.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, pendekatan tersebut berpotensi meningkatkan keupayaan komuniti pertanian untuk menjana pendapatan, selain memperkukuh daya tahan sektor pertanian.

Beliau berkata, usaha berkenaan juga selaras dengan mandat Agrobank dalam menyokong agenda keterjaminan makanan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved