Agrobank santuni 2,000 masyarakat Orang Asli Gua Musang

LocalBusiness & Finance
28 Sep 2026 • 10:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Agrobank santuni 2,000 masyarakat Orang Asli Gua Musang

PETALING JAYA – Agrobank terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan komuniti dan keterangkuman kewangan menerusi Program Kembara Merdeka @ Galas ‘Be Ades Ma Kampung’ bersama masyarakat Orang Asli (OA) di pedalaman Gua Musang, Kelantan.

Menerusi program yang berlangsung dari 14 hingga 16 Ogos 2026, Agrobank bersama pelbagai jabatan dan agensi strategik menyantuni kira-kira 2,000 masyarakat OA dari Kampung Galang, Kampung Redip, Kampung Tapai, Kampung Ladoi dan Pos Balar.

Penglibatan Agrobank memberi tumpuan kepada usaha memperluas akses kepada perkhidmatan kewangan formal dalam kalangan masyarakat setempat merangkumi perkongsian pengetahuan berkaitan literasi kewangan, pendedahan kepada produk dan perkhidmatan perbankan serta khidmat nasihat kewangan.

Agrobank turut menyampaikan cek cura bagi Pelan Perlindungan Kemalangan Diri Takaful Kasih Plus, dengan nilai perlindungan keseluruhan berjumlah RM3.3 juta yang memberi manfaat kepada 300 masyarakat Orang Asli di kawasan Dewan Undangan Negeri Galas.

Pelan ini menawarkan manfaat perlindungan yang merangkumi kematian akibat kemalangan, keliatan kekal, perbelanjaan pengebumian dan perubatan serta elaun hospital.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, jarak dari kawasan bandar tidak seharusnya menjadi penghalang kepada masyarakat untuk memperoleh maklumat, khidmat nasihat dan perkhidmatan perbankan yang dapat meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.

“Melalui pendekatan turun padang, kami dapat memahami keperluan masyarakat setempat dan menyediakan sokongan kewangan yang lebih bersesuaian.

“Komitmen Agrobank terhadap keterangkuman kewangan bukan sahaja diterjemahkan melalui peluasan akses kepada perkhidmatan perbankan, malah menerusi sokongan pembiayaan kepada usahawan dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan.

“Bagi tahun 2026, Agrobank telah menyalurkan pembiayaan mikro berjumlah RM24.8 juta kepada usahawan di Kelantan bagi membantu mengembangkan perniagaan, menjana pendapatan dan meningkatkan taraf sosioekonomi mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

The post Agrobank santuni 2,000 masyarakat Orang Asli Gua Musang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved