Lebih 100 Orang Asli Pos Bihai, Belatim ganti MyKad generasi baharu

27 Sep 2026 • 1:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 100 Orang Asli Pos Bihai, Belatim ganti MyKad generasi baharu

GUA MUSANG – Seramai 101 masyarakat Orang Asli mengambil peluang mendapatkan khidmat penggantian MyKad generasi baharu menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah JPN Kelantan, Halimatusaadiah Ramli @ Mohd. Shah berkata, jumlah berkenaan merupakan antara urusan dokumentasi yang berjaya diselesaikan menerusi Program Mekar sempena Kembara Be Ades Ma Kampung di Pos Bihai dan Pos Belatim.

Katanya, selain penggantian MyKad, program berkenaan turut menerima 61 permohonan MyKid dan 15 permohonan kad pengenalan kali pertama.

“Sebanyak lima permohonan pindaan maklumat kad pengenalan dan dua permohonan pindaan sijil kelahiran turut diselesaikan, manakala 270 penduduk menerima khidmat nasihat berkaitan urusan pendaftaran dan dokumentasi.

“Pelaksanaan Mekar memudahkan masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman mendapatkan perkhidmatan JPN tanpa perlu ke bandar,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, Program Be Ades Ma Kampung menjadi platform bagi membawa perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan secara terus kepada masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman.

Katanya, pendekatan turun padang itu dapat mengurangkan kekangan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan terutama mereka yang tinggal jauh dari pusat bandar. – KOSMO! ONLINE

 

The post Lebih 100 Orang Asli Pos Bihai, Belatim ganti MyKad generasi baharu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved