‘Ah Boy’ Mungkin Rancang Ke Luar Negara, Buat 5 Jenayah Lain Sepanjang Larikan Diri

18 Feb 2025 • 2:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
suspek pulau ketam

Awal pagi ini, pihak polis berjaya menumpaskan penjenayah dikehendaki dalam insiden tembakan di pusat beli belah, Setia City Mall.

Suspek yang merupakan lelaki tempatan maut ditembak polis dalam satu operasi di Pulau Ketam sekitar jam 3 pagi.

Ah Boy mungkin merancang lari ke luar negara

image is not available

Terbaru, Berita Harian melaporkan, penjenayah yang dikenali sebagai ‘Ah Boy’ ada kemungkinan sedang merancang untuk melarikan diri ke luar negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyatakan ianya berdasarkan corak pergerakan suspek.

Kita percaya dia melarikan diri dari pihak polis… daripada corak dia ke selatan dan patah balik ke Banting, Sabak Bernam dan Pulau Ketam seolah-olah dia melarikan diri dari polis dan juga merancang keluar Malaysia.

Sejarah jenayah ‘Ah Boy’

image is not available
Foto: NSTP (Genes Gulitah)

Beliau menambah, suspek berusia lingkungan 30-an dan berasal dari Klang. Suspek mula terlibat dalam kegiatan jenayah sejak 2014 dan telah dua kali menjalani hukuman penjara.

Beliau berada dalam senarai dikehendaki polis kerana terlibat dalam jenayah dan dadah serta sering bergerak dengan senjata api.

Suspek sebelum ini menyamun dengan rakan jenayah tetapi sejak pertengahan tahun lalu dia mula bergerak solo melakukan jenayah.

Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa ke Setia City Mall untuk menyamun premis perniagaan di situ.

Suspek buat jenayah lain semasa larikan diri

image is not available
Foto: NSTP (Genes Gulitah)

Malah, sepanjang tempoh melarikan diri daripada polis, suspek sempat membuat lima jenayah lain iaitu samun, pecah rumah, peras ugut dan curi kenderaan.

Cara suspek bergerak dari Klang dia mengugut pemandu Grab untuk hantar dia sampai ke Melaka… di Melaka juga dia menggunakan kaedah sama ugut orang awam iaitu pemandu lori untuk ke Banting.

Tak cukup dengan itu, suspek turut mencuri motosikal sampai ke Sabak Bernam. Di Sabak Bernam suspek mengugut seorang pemandu lori untuk lari ke Pulau Ketam.

Polis mengesahkan suspek tidak mempunyai kenderaan sendiri dan bergerak dengan cara mengugut orang awam menggunakan senjata.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


The post

appeared first on

.