Ahli Farmasi Dari Malaysia Maut Ditikam Di Melbourne

27 Oct 2024 • 6:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang ahli farmasi dari Malaysia, Leong Kum Chuan, 29, ditemui maut dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh gelandangan di blok pangsapuri Bellfield di timur laut Melbourne, Rabu lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Leong baru sahaja membeli sebuah rumah dan berpindah ke Melbourne kira-kira enam bulan lalu.

Media asing melaporkan, ahli keluarga Leong tiba dari Malaysia pada Khamis lalu untuk bertemu dengan polis dan membincangkan kes tersebut dengan lebih lanjut.

Suspek adalah seorang gelandangan yang disyaki menghidap skizofrenia.

image is not available

Simon Hunter yang berusia 54 tahun telah didakwa di mahkamah pada Khamis lalu atas tuduhan bunuh.

Namun, prosiding terpaksa ditangguhkan kerana suspek berada dalam emosi tidak stabil.

Dalam pada itu, peguam juga mengesahkan bahawa anak guamnya itu tidak mengambil ubat skizofrenia selama dua minggu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.