“Ahli Ke-5 BLACKPINK” – Sampai Ada 5 Bodyguard, Kim Jiwon Terbukti Makin Popular Selepas ‘Queen Of Tears’!

Entertainment
13 May 2024 • 10:28 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak dinafikan, populariti Kim Ji-won semakin meningkat naik kini selepas “Queen of Tears”.

Terbaru pada 12 Mei, Kim Ji-won telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, dalam perjalanannya untuk menghadiri acara Bulgari di Singapura.

Merupakan penampilan umum pertamanya selepas “Queen of Tears” tamat, wanita itu telah disambut meriah oleh ramai wartawan dan peminat, yang ingin berpeluang untuk berinteraksi dengannya.

Menerusi video yang dikongsi, Kim Ji-won sendiri nampaknya sukar untuk berjalan, kerana ramai peminat yang cuba mendekatinya atau memberikan hadiah kepadanya.

Bukan sahaja di Korea malahan apabila tibanya pelakon itu di Singapura, kedatangannya juga turut diraikan dengan ratusan peminat yang bersorak namanya di lapangan terbang.

Malahan, pelakon wanita itu turut dijaga oleh 5 pengawal peribadi dan ramai staf untuk keselamatannya.

Power lah Kim Ji-won!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.