Sedih ‘Queen Of Tears’ Dah Berakhir, Video Kim Jiwon & Kim Soohyun Nangis Sambil Berpelukan Tular

Entertainment
2 May 2024 • 3:52 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

tvN telah mengeluarkan video disebalik tabir penggambaran terakhir “Queen Of Tears” di akaun YouTube mereka.

Dalam video disebalik tabir tersebut, kesemua barisan pelakon “Queen Of Tears” telah dilihat mengambil gambar bersama dan meluahkan perasaan mereka di hadapan kamera sebelum pulang ke rumah.

Selepas penggambaran Kim Ji-won tamat, Kim Soo-hyun telah dilihat berjalan kearah pelakon wanita itu untuk mengucapkan selamat tinggal.

Kata Kim Soo-hyun,

Awak dah bukan lagi Hong Hae-in, saya tak tahu kenapa tapi saya rasa pelik sekarang ni. Tadi saya okay tapi sekarang saya dah mula beremosi.

Kim Soo-hyun kemudiannya telah memeluk Kim Ji-won yang dilihat sedang menahan air mata. Malah, dia juga turut menyatakan bahawa dia akan selalu menghubungi pelakon wanita itu.

Setelah video itu dimuat naik, ianya langsung mendapat banyak komen dari penonton yang rata-ratanya turut meluahkan kesedihan mereka selepas drama itu tamat.

Komen penonton,

  • Sedihnya..
  • Saya akan merindui Baek Hyun-woo dan Hong Hae-in.
  • Nak musim ke-2..

Rasa sebak pula kan tengok dorang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.