Ahli Kecoh Di Pangsapuri Penuh Misteri, Program ‘Apartment 404’ Lancar Video Teaser Pertama

2 Jan 2024 • 11:12 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Akhirnya, rancangan hiburan baru yang dinantikan ramai bakal menemui penonton tak lama lagi!

Pada 2 Januari, program hiburan “Apartment 404” yang menampilkan Yoo Jae-suk, Cha Tae-hyun, Oh Na-ra, Yang Se-chan, Jennie BLACKPINK dan Lee Jung-ha telah mengeluarkan video teaser pertama, sekaligus mengumumkan tarikh tayangan episod pertama pada 15 Februari ini.

Menerusi video yang dikeluarkan, semua ahli akan menemui rahsia yang tersembunyi di sebuah pangsapuri yang mencurigakan dan mula jumpa petunjuk satu persatu.

Video teaser pertama yang dikeluarkan telah berjaya menarik perhatian ramai tambahan pula ia adalah program hiburan misteri berdasarkan kisah benar.

Sementara itu, “Apartment 404” merupakan program baru tvN yang dihasilkan oleh Pengarah Jung Chul-min, juga merupakan bekas pengarah “Running Man”.

Nantikan tayangannya pada 15 Februari ini di laman tvN!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved