Ahli Majlis Daerah penghubung kerajaan dan rakyat

LocalPolitics
9 May 2025 • 8:54 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

Tuaran: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan kepentingan peranan aktif dan berintegriti Ahli Majlis Daerah (AMD) dalam menyokong pelaksanaan dasar pembangunan negeri.

Beliau menekankan bahawa AMD bukan sekadar penyambung suara rakyat, tetapi juga perlu menjadi agen pelaksanaan yang berkesan kepada inisiatif kerajaan, khususnya Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“AMD perlu lebih proaktif dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Lengkap dengan ilmu serta kefahaman mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ini penting untuk memudahkan pelaksanaan dasar kerajaan dan menyampaikan bantuan serta program pembangunan kepada rakyat dengan cekap dan telus,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Tuaran Tahun 2025-2027 di Grand Ballroom Shangri-La Rasa Ria Resort, di sini.

Katanya, keberhasilan pelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ bergantung kepada komitmen semua pihak, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan AMD.

“AMD perlu berganding bahu bersama kerajaan negeri dalam menyebarkan maklumat dasar, inisiatif serta bantuan kerajaan hingga ke peringkat akar umbi.”

Hajiji turut menyenaraikan beberapa inisiatif pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di Tuaran, termasuk naik taraf infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, pembangunan pelancongan serta pengukuhan keusahawanan tempatan.

“Sebesar mana pun peruntukan pembangunan, ia tidak akan memberi makna tanpa penyampaian yang cekap. Ahli Majlis perlu turun padang, melihat sendiri isu-isu rakyat dan bertindak dengan penuh integriti, ikhlas dan telus,” katanya.

Beliau turut menyeru semua AMD supaya memainkan peranan sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan, membawa suara rakyat ke peringkat pentadbiran dan memastikan setiap dasar dan program kerajaan difahami dan diterima oleh masyarakat.

Menurutnya, pelantikan AMD Tuaran kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk bekas penjawat awam, ahli perniagaan, tokoh belia serta wakil badan bukan kerajaan (NGO), mewakili suara empat kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu.

Katanya, kepelbagaian ini diyakini sebagai kekuatan dalam merangka dasar dan menangani keperluan rakyat secara menyeluruh.

“Saya yakin dengan iltizam yang tinggi dan semangat kerja berpasukan, AMD mampu menggalas amanah ini demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat Tuaran,” katanya.