Ahli Parlimen Cadang Kerajaan Wujudkan ‘Insurans Rahmah’ Untuk Golongan M40 & T20

LocalPolitics
17 Sep 2025 • 3:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mencadangkan agar pihak kerajaan mewujudkan insurans perubatan rahmah buat kelompok berpendapatan tinggi.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata insurans itu boleh menjadi alternatif kepada rakyat berpendapatan sederhana dan tinggi.

Tambahnya lagi, insurans rahmah berkenaan juga boleh membantu menangani pertambahan jumlah pesakit golongan berpendapatan tinggi di hospital kerajaan akibat kenaikan premium insurans perubatan serta kos rawatan yang mahal di hospital swasta.

image is not available

Melalui kaedah itu katanya, kesesakan di hospital kerajaan dapat dikurangkan kerana pemegang polisi insurans rahmah boleh mendapatkan rawatan di pusat kesihatan swasta.

Maksudnya dia dapat beli dengan harga berpatutan untuk perlindungan tertentu (pilihan). Usaha ini boleh menarik minat golongan T20 dan M40 membeli untuk ahli keluarga atau mana-mana syarikat yang ingin membeli polisi ini untuk pekerja mereka.

image is not available

image is not available

Sim Tze Tzin berkata sedemikian ketika ditanya tentang langkah yang boleh diambil bagi menangani peningkatan jumlah pesakit di hospital kerajaan.

Peningkatan itu berlaku susulan kebanyakan golongan berpendapatan tinggi kini beralih kepada sektor perubatan awam disebabkan kos rawatan swasta meningkat dan premium insurans yang semakin membebankan.

image is not available 2025-06-30 11:29:11

"Satu Realiti Yang KKM Secara Berterusan Sedang Tangani.." - Menteri Kesihatan Dedah Negara Hadapi Masalah Kekurangan Jururawat Kritikal