Ahli Parlimen Eropah Menggesa EU Mengharamkan Perdagangan Produk Dari Penempatan Haram Israel

WorldPolitics
6 Nov 2026 • 8:55 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Ahli Parlimen Eropah Menggesa EU Mengharamkan Perdagangan Produk Dari Penempatan Haram Israel

Ahli-ahli Parlimen Eropah (MEP) menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk menguatkuasakan larangan perdagangan yang mengikat secara undang-undang ke atas barangan dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki. Gesaan ini dibuat semasa sesi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa Parlimen Eropah (INTA), di mana para penggubal undang-undang mengkritik langkah sedia ada seperti syarat pelabelan produk yang dianggap tidak lagi mencukupi.

Pengerusi INTA, Bernd Lange, serta MEP dari Sepanyol, Hana Jalloul Muro, mengecam Suruhanjaya Eropah kerana didakwa bersembunyi di sebalik alasan prosedur ketiadaan majoriti sokongan negara anggota untuk menangguhkan perundangan tersebut. Jalloul Muro turut memberi amaran bahawa para penggubal undang-undang bersedia membawa Suruhanjaya dan Majlis Eropah ke Mahkamah Keadilan EU atas kegagalan bertindak. MEP dari Belanda, Catarina Vieira, serta MEP dari Ireland, Barry Andrews, turut mendesak agar EU menghentikan terus perdagangan produk penempatan haram tanpa perlu menunggu konsensus awal.

Pegawai Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah, Vladimir Janecek, mengakui situasi di Gaza dan Tebing Barat semakin merosot berikutan peluasan penempatan haram serta keganasan peneroka ekstremis. Namun, cadangan sekatan perdagangan dan penggantungan dana kepada Israel masih tersangkut akibat ketiadaan konsensus di kalangan negara anggota EU.

Sumber Asal: Agensi Anadolu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved