Ahli Parlimen Jelutong terlibat kemalangan

17 Jun 2022 • 11:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer terlibat kemalangan jalan raya di Batang Kali ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat.

Beliau kini dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Perkara tersebut disahkan oleh pegawainya yang menghubungi Sinar Harian.

Rayer sepatutnya menjadi panelis Wacana Sinar pada malam ini.