Ahli Parlimen Kepong bawa usul bawa pulang Sirul Azhar

Politics
14 Nov 2023 • 1:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lip Eng - Foto Astro Awani (Gambar kanan: Laporan Sinar Harian pada Ahad.)

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng membawa usul mengenai usaha membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar daripada Australia untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Menerusi surat yang diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Selasa, Lip Eng membawa usul berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).

“Perkara membawa pulang seorang individu, Sirul Azhar Umar daripada Australia ialah perkara tertentu, usaha kerajaan berkehendak disegerakan supaya Sirul di ekstradisi oleh Australia setelah beliau dibebaskan daripada pusat tahanan di Sydney pada 11 November.

“Adalah tugas kerajaan untuk memastikan Sirul menghadapi hukumannya di Malaysia atas pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altanthuya Shaariibuu pada 2006 demi menegakkan keadilan berkenaan untuk kepentingan orang ramai,” menurut surat berkenaan.

Terdahulu media melaporkan, Mahkamah Tinggi Australia membebaskan Sirul Azhar yang disabitkan dengan kematian wanita Mongolia di Malaysia.

Sirul yang juga bekas pengawal peribadi dijatuhi hukuman mati pada tahun 2006 atas pembunuhan Altantuya, dibebaskan dari Pusat Tahanan Villawood di Sydney pada Sabtu lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved