Ahli Parlimen Kepong gesa siasatan segera insiden serangan bom petrol

LocalPolitics
14 Apr 2025 • 3:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video yang turut dimuat naik Lip Eng di X.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera susulan insiden serangan bom petrol di sebuah rumah di Kepong Baru.

Beliau menerima aduan daripada seorang mangsa wanita yang mendakwa rumah sewanya sebelum ini telah disasarkan oleh seorang individu tempatan yang dipercayai bekerja untuk ceti haram berpangkalan di Singapura.

Lip Eng berkata, penyerang terbabit merakam perbuatan itu dan menghantar video kepada mangsa, sambil memberi amaran bahawa kegagalan melangsaikan hutang akan menyebabkan gangguan harian terhadap dirinya.

"Mangsa telah membuat laporan polis dan saya menggesa pihak polis bertindak segera dan tegas,” kata Lim dalam satu hantaran dan video di aplikasi X miliknya pada Isnin.

Video berdurasi lapan saat itu menunjukkan suspek meninggalkan satu nota di pintu pagar rumah sebelum menyalakan satu objek dan membalingnya ke dalam kawasan rumah.

Suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah kenderaan.

“Kuala Lumpur tidak boleh menjadi medan permainan bagi gengster. Pihak berkuasa mesti bertindak segera untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved