Ahli Parlimen PAS cadang MAS ganti alkohol dengan sirap bandung, cendol & ABC

LocalPolitics
16 Oct 2025 • 3:08 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Dua Ahli Parlimen Pas mencadangkan agar Malaysia Airlines (MAS) menggantikan hidangan alkohol dengan minuman tradisional tempatan seperti sirap bandung, cendol dan ais batu campur (ABC) bagi penumpang penerbangan.

Cadangan itu dibangkitkan oleh Mohd Misbahul Munir Masduki (PN–Parit) ketika Muhammad Ismi Mat Taib (PN–Parit Buntar) sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat kelmarin.

Minuman tradisional sebagai alternatif

“Untuk menarik pelancong, tak semestinya kita perlu hidangkan alkohol. Apa salahnya jika kita tonjolkan identiti Malaysia dengan minuman seperti sirap bandung, cendol atau ABC?” katanya.

Muhammad Ismi turut bersetuju dengan cadangan itu dan menegaskan kebanyakan penumpang sebenarnya tidak meminum alkohol.

Baca juga:

“Kenapa kita perlu utamakan minoriti? Jangan berbangga dengan perkara yang dilarang agama. Dalam semua agama, alkohol dianggap amalan negatif,” ujarnya.

Dakwa boleh elak insiden mabuk di udara

Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN–Sik) pula mengingatkan insiden pada 2015 membabitkan penerbangan MH179 ke Sri Lanka yang terpaksa berpatah balik selepas seorang penumpang mabuk mencetus kekecohan.

Katanya, beberapa syarikat penerbangan seperti Saudi Airlines dan Royal Brunei tidak menawarkan alkohol kepada penumpang namun tetap berjaya dalam industri.

Sehari sebelum itu, Mohd Hasnizan Harun (PN–Hulu Selangor) turut menggesa MAS menghentikan hidangan alkohol dengan alasan ia menimbulkan dilema kepada kru penerbangan Muslim yang terpaksa menghidangkannya.

Cadangan serupa pernah disuarakan pada 2017 oleh bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, selepas kejadian penumpang mabuk menyebabkan penerbangan MAS berpatah balik ke Melbourne.

View Original Article