Menteri MOTAC Bersuara Isu Majlis Hidang Arak, Dianjur Sepenuhnya Oleh Pihak Swasta

LocalPolitics
5 Oct 2025 • 4:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia motac

Baru-baru ini, tular di media sosial dakwaan yang dibuat Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengenai majlis makan malam agensi kerajaan yang didakwa dihidangkan alkohol.

Susulan itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menteri Motac bersuara

Beliau menyifatkan tuduhan yang dibuat Mas Ermieyati Samsudin sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

Beliau menegaskan majlis berkenaan sebenarnya dianjur serta ditanggung sepenuhnya oleh pihak industri dan sektor swasta.

image is not available

“Majlis itu bukan di bawah tanggungjawab Tourism Malaysia”

Menurut Tiong King Sing, Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab ke atas penganjuran Global Travel Meet yang berlangsung selama dua hari setengah dan berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta.

Beliau berkata, majlis makan malam yang dipersoalkan itu sebenarnya inisiatif pihak industri yang teruja untuk menaja serta meraikan rakan-rakan industri antarabangsa.

image is not available

Tiong turut menggesa agar mana-mana ahli politik tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan tanpa memahami fakta sebenar kerana ia boleh menjejaskan imej negara di mata dunia.

Beliau menjelaskan bahawa Tourism Malaysia hanya memainkan peranan meminjam platform majlis tersebut bagi melancarkan Kalendar Acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), bukan menguruskan makanan dan minuman yang dihidangkan.

image is not available

Malah, penganjur telah menyediakan pelbagai pilihan minuman tanpa alkohol bagi memenuhi keperluan tetamu antarabangsa dan memastikan semua pihak diraikan dengan sebaiknya.

Beliau menegaskan bahawa makanan dan minuman pada malam itu bukan di bawah seliaan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

Peranan pihaknya hanya tertumpu kepada penyelarasan persembahan seni budaya serta pelancaran Kalendar Acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Pssttt! Menteri MOTAC sendiri dah tampil bersuara dan jelaskan kekeliruan. Apa yang penting, usaha promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 perlu diteruskan kerana ia membawa manfaat besar kepada ekonomi negara.

Kredit: Facebook datosritiongkingsing
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.