Ahli parlimen pembangkang India ditahan kerana gesaan “bunuh” PM

WorldPolitics
13 Dec 2022 • 4:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOSCOW: Seorang ahli parlimen pembangkang terkemuka dari parti Kongres Kebangsaan India (INC) di negeri Madhya Pradesh, Raja Pateria, ditahan pada Selasa susulan gesaannya supaya Perdana Menteri Narendra Modi (gambar) dibunuh, lapor media tempatan.

Video ucapan Pateria kepada ahli parti tersebar di media sosial pada Isnin. Beliau dikatakan mengeluarkan kata-kata mendorong sekumpulan orang untuk “bersedia membunuh” Modi untuk “menyelamatkan” perlembagaan.

Berikutan kenyataan itu, kerajaan Madhya Pradesh mengarahkan polis memfailkan tuduhan terhadap Pateria, lapor Sputnik, memetik laporan penyiar India NDTV.

Menurut ahli parlimen pembangkang itu, perkataan “membunuh” dalam ucapannya itu bermaksud “mengalahkan” dan beliau adalah pengikut ideologi Mahatma Gandhi yang menolak keganasan, dan baginya mengalahkan Modi dalam pilihan raya perlu untuk melindungi hak minoriti seperti yang dipetik dalam laporan itu.

INC, bagi pihaknya, mengecam kenyataan “tercela” Pateria itu, sambil menekankan perkataan sedemikian tidak wajar diucapkan terhadap sesiapa pun, termasuk perdana menteri.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved