Ahli Parlimen Rantau Panjang masih dirawat di Hospital Lipis

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 12:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ahli Parlimen Rantau Panjang masih dirawat di Hospital Lipis
Siti Zailah di bawa keluar dari Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Padang Tengku sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lipis pada Ahad. Foto ihsan pembaca

KUANTAN – Keadaan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dilaporkan stabil namun masih memerlukan rawatan dan pemantauan susulan di Hospital Kuala Lipis selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada petang Ahad.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Lipis, Tuan Ahmad Zamani Tuan Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, Siti Zailah masih memerlukan pemantauan lanjut di hospital selepas mengadu sakit di bahagian dada.

“Beliau (Siti Zailah) berada dalam keadaan sedar dan boleh bercakap, tetapi masih memerlukan rawatan susulan daripada pihak pakar.

“Ahli keluarga beliau sudah ada bersama di hospital dan sama-sama kita mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan segera,” katanya.

Sebelum itu, Ahmad Zamani berkata, kemalangan berkenaan difahamkan berlaku kira-kira jam 6 petang di Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU), Kechau Tui ketika hujan lebat.

“Mereka dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang Parlimen.

“Susulan kemalangan itu, Siti Zailah terlebih dahulu dibawa ke Klinik Kesihatan Padang Tengku untuk pemeriksaan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lipis bagi mendapatkan rawatan lanjut,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man dilaporkan berkata, Siti Zailah mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaikinya terbabit dalam kemalangan kendiri di Kilometer 7, LTU, kechau Tui, Lipis pada Ahad.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu berlaku ketika kenderaan berkenaan dipandu anak perempuannya berusia 26 tahun dari Gua Musang, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved