Ahli Parlimen Raub, Pengerusi Samka ditahan polis

LocalPolitics
14 Apr 2025 • 6:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
YU HUI

KUANTAN - Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Wilson Chang telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan berhubung penahanan itu.

Menurutnya, Yu Hui dan Wilson ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, penahan ahli Parlimen dari DAP itu disahkan peguam dan berita penahannya dikongsi melalui Facebook pemimpin tersebut.

"Kami akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan mengemas kini maklumat terkini melalui Facebook dan media secepat mungkin," ujar admin Facebooknya.

Sebelum ini polis memaklumkan akan memanggil lima individu termasuk Yu Hui, bagi membantu siasatan kes dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan terhadap kebun durian di Raub, baru-baru ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved