Ahli parlimen Selayang: Kerajaan dicadang wujud dasar baharu bela warga emas

2 Jul 2022 • 9:24 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SELAYANG, 2 JULAI: Kerajaan disaran mewujudkan dasar baharu dalam memastikan nasib golongan kurang berkemampuan khususnya warga emas terbela.

Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata mengambil contoh lawatan semalam bersama wakil rakyat Rawang Chua Wei Kiat, warga emas tersebut bergantung sepenuhnya kepada anak saudara lelaki dan meninggalkannya bersendirian apabila bekerja.

“Satu dasar perlu diwujudkan supaya setiap golongan kurang berkemampuan sama ada anak yatim, warga emas dapat dibantu dalam segala aspek.

“Kerajaan Pusat perlu menyelesaikan isu ini sebab kebanyakan orang tua pada masa kini tidak mampu menjaga diri sendiri. Oleh demikian, kita akan bawa isu ini pada sidang dewan akan datang,” katanya.

Terdahulu, William bersama Wei Kiat melawat Wong Foong Ming, 83, di kediamannya di Taman Bukit Rawang Jaya yang mengalami masalah penglihatan dan pelupa.

Masalah dihadapi Foong Ming mengakibatkan beliau tidak mandi sehingga dua bulan dan sering terlupa aktiviti harian yang dilakukannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved