Ahli Parlimen sepakat solidariti, sifatkan serangan anak Rafizi Ramli melampaui batas kemanusiaan

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 3:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang hari ini menyatakan solidariti dan mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, semalam.

Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, menyifatkan serangan itu sebagai satu bentuk keganasan yang melampaui batas kemanusiaan.

image is not available

Ahli Parlimen sepakat solidariti

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, sebagai negara demokrasi, perbezaan pendapat tidak boleh diselesaikan melalui ancaman atau kekerasan, apatah lagi melibatkan kanak-kanak.

“Kami menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa undang-undang mesti ditegakkan tanpa kompromi.
“Tiada sesiapa pun boleh terlepas daripada tindakan tegas sekiranya terbukti terlibat,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

image is not available

image is not available

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Batu, P. Prabakaran; Gopeng, Tan Kar Hing; Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; Sungai Petani, Dr Taufiq Johari; Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

image is not available

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam sidang media berasingan turut mengecam sekeras-kerasnya insiden berkenaan.

“Saya nak jelaskan saya dan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang akan bersama dalam isu ini untuk menentukan bukan hanya Yang Berhormat Rafizi, tetapi keluarganya selamat dan tidak timbul lagi perkara ini,” katanya.

Sumber: BH Online